Pada hari Rabu bersamaan dengan tarikh 12 mac 2014, seramai 21 orang murid dan 14 guru bersama pembantu pengurusan murid membuat lawatan penanda aras ke Yayasan Sultan Azlan Shah bertempat di pekan Bercham Ipoh, Perak.
Kami disambut oleh Puan Melissa yang bertindak sebagai Eksekutif Perhubungan Pelanggan dan Pegawai yang menguruskan lawatan kami ke situ. Sesungguhnya, lawatan penanda aras sebegini perlu dijalankan sekerap mungkin untuk memperbaiki dan menambah ilmu kami warga Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan Tambun.
Program ini perlu diteruskan dimasa-masa akan datang dan mungkin boleh dilakukan usahasama di antara kami dengan pihak Yayasan untuk meningkatkan kualiti pelajar pendidikan khas yang kami lahirkan.
No comments:
Post a Comment